like father like son..
salam..
syukur kehadrat ilahi kerana aku masih berada dibawah naungan agamanya..doaku semoga sentiasa berada dibawah naunganNya hingga akhir hayatku..
apasal tetiba keluar ayat buku ni..
hmm..aku just nak express kan kesyukuran aku..

yela..aku sentiasa di guide..

time aku terlalai..aku ditegur...
time aku tersasar..aku dipimpin..
time aku terlupa aku diingati..

semalam..
aku ambil keputusan untuk balik awal sehari ke campus..
selepas solat..terus aku ke tempat menunggu bas untuk bawa aku ke umt..aku panggil bas muzium..

aku duduk ditepi seorang mak cik..aku tengok muka dia..sayu sangat..
kedut seribu di wajah dia membayangkan "sakitnya" dia..
mak cik: dari mana?
aku: kemaman
makcik:sekolah tingkatan berapa?
aku:dah habis sekolah..sekarang belajar kat gong badak..
makcik:oo..da masuk u la ye..anak makcik besar kamu la..tapi baru tingkatan lima..
aku tersentak..anak dia baru tingkatan lima..klau dilihat wajahnya..seolah-olah dia sudah bercucu..betapa pengalaman dan dugaan hidup betul2 mematangkan wajahnya..
bersama makcik tu ada seplastik bungkusan..
aku:mak cik nak kemana?
mak cik:ke cendering..nak jual coklat ni..
lama aku berfikir..entah ape..
aku:makcik jual berapa ni?
makcik:1.50..
aku keluarkan duit untuk tambang bas..aku serahkan pada makcik tu..
aku:saya beli satu mak cik..
terkial-kial makcik tu mencari duit baki untuk serahkan kepadaku..aku tahan perasaan aku..

hari ini

aku dapat col..
my big bro and family came to visit me..
ajak pi makan2..
dan nak balik tadi..dia sempat hulurkan ang pau untuk aku..
he3..sengih je la...xdela dia bagi berjuta-juta..tapi cukupla untuk support
makan dua minggu..
thanks bro..
subhanallah..besarnya pengajaran aku dapat harini...
rezeki allah boleh datang dengan keadaan tak disangka dan segenap penjuru..

"You Give And You Will Receive "


sumbangan aku pada makcik tu sikit yang amat..tapi balasan allah..subhanallah...
ntah kenapa aku betul-betul harap anak dia dapat bawa mak dia keluar dari "kesakitan" itu pada masa akan datang sama seperti abang-abang aku bawa mak dan ayah aku keluar dari "kesakitan" kami ..dulu orang mungkin lihat mak aku "sakit" sebab nak kemana-mana mak aku dengan basikalnya...sekarang mak aku da tersenyum senang bersama kancil kesayangannya pegi kemana-mana hadiah dari abang..
dia "kuat" kerana keadaan sekeliling menuntut dia supaya kuat...
dan aku perlu kuat kerana orang disekeliling aku memberi aku kuat..(ayat ape ini?)perlu ke aku minum tonik "kuat" untuk terus kuat..
shazana!!! dush!dush!dush!.jangan merepek...

ok..times up!..xleh lebih..aku dah mencuri masa untuk perkara lain..
karang Allah tanya "shazana what you have done this time and that time"..ape aku nak jawab kalau aku salah gunakanya..

wahai hati..tenanglah...

1 Comment:

  1. Sulam Kaseh said...
    terharu..

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.