02.03.03

The Story Begin..

6.15
Setelah solat subuh..
mak - mak nak gi hospital ni..
aku - mak nak bersalin dahke?
mak - haah..doakan mak ye..

dan sepanjang pemergian mak ke hospital..4 orang yang kat rumah waktu tu macam cacing kepanasan(termasuk en. syamsul yang masih bujang waktu tu)..

Balik sekolah -
mak..mak..mak..(dalam kepala aku)
kring..kring..kring..
abg syam - kakak..mak dah bersalin..
aku- ye?baby girl ke boy?
abg syam - baby girl..
aku - dah tengok?
abg syam - dah..ciap beli baju baru lagi untuk dia..hahaa..
aku-xaci..nak tgk jgk..
abg syam- nnti balik keje kita gi sesama..
aku - ok..

6.15 p.m..
aku dan DIA pun bertemu..sangat dinanti..sangat ditunggu..KehadiranNYA...

dan..dua tahun pun berlalu...
-pandai jalan-

dan 4 tahun pun berlalu..
time ni seingat aku dia da pandai mengaji..dan ajar budak umur 6 tahun mengaji dengan pakai skirt xde lgan..

dan 6 tahun pun berlalu..
dia join program hafal yassin..not bad..she can..

02.03.12
sekejap je..pejam celik..pejam celik sudah 9 tahun berlalu..dan DIA..membesar dengan baik aku kira..


DIA..
- tidak pernah meminta ..hadiah birthday ke..hadiah dapat nombor 1 ke..buat birthday party ke..
- Sangat keras..susah untuk menangis..klau setakat kene cubit tu..dia jeling je..
- banyak mulut..(mungkin sebab bergaul dengan orang tua..)
- Boleh Harap(Tahap boleh harap sampai membuatkan kita risau)
- Disayangi semua pihak(versi jeles..haha..)
- Independent..
- pernah minta aku buatkan facebook untuk dia..erks..(maybe pengaruh kawan2..)
- pernah minta mak belikan eye shadow n lipstick(pengaruh aku..erks..)
-Paling kuat pun dia nangis aku rasa dia teresak2 je..


AKU
seingat aku..macam2 aku minta ngan mak aku..maklumla..anak pompuan sorang plak tu(time tu)..
sangat kelelakian sebab ikut abg2( xde orang nak ajar jadi pompuan)
so..xpandai la sangat nak minx lipstick2 ni..
sangat manja..yang aku ingat time kecik2 dulu..klau pi main ngan abg2 aku..klau
diaorang tinggal..mesti aku nangis..
klau menangis plak..satu taman sri taja tu xdengar..xsah..

KAMU
duk in between aku dan dia..
-paling cerah antara kami bertiga
-paling sihat antara kami bertiga
-paling garang antara kami bertiga juga..
-mulut paling pedas antara kami bertiga(sesuai la dengan ape yang dia blajar sekarang)
- 12 tahun menjadi bongsu membuatkan dia susah untuk terima ada orang lain yang lebih diutamakan...tapi sekarang da matang..

dan masing-masing tau masing-masing ada kelebihan masing-masing..




Hari ini hari bersejarah dia...
Hai Orang Disana..Happy Birthday..
Jadilah kamu orang yang kami Bangga
-DUNIA & AKHIRAT-



like father like son..
salam..
syukur kehadrat ilahi kerana aku masih berada dibawah naungan agamanya..doaku semoga sentiasa berada dibawah naunganNya hingga akhir hayatku..
apasal tetiba keluar ayat buku ni..
hmm..aku just nak express kan kesyukuran aku..

yela..aku sentiasa di guide..

time aku terlalai..aku ditegur...
time aku tersasar..aku dipimpin..
time aku terlupa aku diingati..

semalam..
aku ambil keputusan untuk balik awal sehari ke campus..
selepas solat..terus aku ke tempat menunggu bas untuk bawa aku ke umt..aku panggil bas muzium..

aku duduk ditepi seorang mak cik..aku tengok muka dia..sayu sangat..
kedut seribu di wajah dia membayangkan "sakitnya" dia..
mak cik: dari mana?
aku: kemaman
makcik:sekolah tingkatan berapa?
aku:dah habis sekolah..sekarang belajar kat gong badak..
makcik:oo..da masuk u la ye..anak makcik besar kamu la..tapi baru tingkatan lima..
aku tersentak..anak dia baru tingkatan lima..klau dilihat wajahnya..seolah-olah dia sudah bercucu..betapa pengalaman dan dugaan hidup betul2 mematangkan wajahnya..
bersama makcik tu ada seplastik bungkusan..
aku:mak cik nak kemana?
mak cik:ke cendering..nak jual coklat ni..
lama aku berfikir..entah ape..
aku:makcik jual berapa ni?
makcik:1.50..
aku keluarkan duit untuk tambang bas..aku serahkan pada makcik tu..
aku:saya beli satu mak cik..
terkial-kial makcik tu mencari duit baki untuk serahkan kepadaku..aku tahan perasaan aku..

hari ini

aku dapat col..
my big bro and family came to visit me..
ajak pi makan2..
dan nak balik tadi..dia sempat hulurkan ang pau untuk aku..
he3..sengih je la...xdela dia bagi berjuta-juta..tapi cukupla untuk support
makan dua minggu..
thanks bro..
subhanallah..besarnya pengajaran aku dapat harini...
rezeki allah boleh datang dengan keadaan tak disangka dan segenap penjuru..

"You Give And You Will Receive "


sumbangan aku pada makcik tu sikit yang amat..tapi balasan allah..subhanallah...
ntah kenapa aku betul-betul harap anak dia dapat bawa mak dia keluar dari "kesakitan" itu pada masa akan datang sama seperti abang-abang aku bawa mak dan ayah aku keluar dari "kesakitan" kami ..dulu orang mungkin lihat mak aku "sakit" sebab nak kemana-mana mak aku dengan basikalnya...sekarang mak aku da tersenyum senang bersama kancil kesayangannya pegi kemana-mana hadiah dari abang..
dia "kuat" kerana keadaan sekeliling menuntut dia supaya kuat...
dan aku perlu kuat kerana orang disekeliling aku memberi aku kuat..(ayat ape ini?)perlu ke aku minum tonik "kuat" untuk terus kuat..
shazana!!! dush!dush!dush!.jangan merepek...

ok..times up!..xleh lebih..aku dah mencuri masa untuk perkara lain..
karang Allah tanya "shazana what you have done this time and that time"..ape aku nak jawab kalau aku salah gunakanya..

wahai hati..tenanglah...

"where is my..."

salam...

sudah lama menyepikan diri dari dunia blog..kenape ye..hmm..
lately rasa seperti kehilangan..tapi hilang ape?
hilang barang boleh diganti dengan yang baru,tapi bila hilang benda yang satu itu..manalah aku nak cari..
adeh..dimana shazana yang dulu?
hai encik "strength" sudah2 la merajuk dengan saya..
saya janji kalau saya dapat anda kali ni,saya xkan lepaskan anda..jaga anda baik..supaya anda dapat push saya...
"dulu"
dapat assignment terus buat...
kaki ni rajin je nak melepak bilik lecturer..
buat assignment ngan kengkawan sampai lewat malam..
bleh je stay up sampai pagi..
rajin wat nota cantik2...
bila dekat nak exam,library dunia kedua..balik bilik salin baju je..
dapat assignment susah2,,rasa tercabar nak cari input,besungguh2 nak buat

"KINI"
dapat assingnment..seminggu or hari last nak hantar baru dapat solve..
asal pegi bilik lecturer,ada meeting,lecturer pi k.l,lecturer cuti..akibatnya..give up nak pegi..malas nak pegi..alasan...jauh.."kemanakan perginya cik shazana yang kuat itu?"
start kul 11.30 da terkuap2..encik katil plak seolah2 menggoda.."konon" janji ngan diri nak tido lima minit je..last2 sampai lima pagi...
nota plak..da xcantik..sampai naik biru mata...
yang last ni xberubah tapi...rasa macam tiap kali pi situ input sikit je dapat...banyak termenung a.k.a berangan..
dapat assignment susah cikit..mengeluh..rasa macam xdapat buat..tertanya2..nape la susah sangat soalan ni...adehh...

KE MANAKAH AZAMKU...

hai cik shazana,anda baru nak masuk second year..dah terkial2.kalu panjang umur macamna nak hadapi cabaran akan datang..
tengok anak2 palestin yang kecil2 itu..berjuang di tanah air sendiri..
kalau bergelumang dengan soalan dan task2 pun anda xmampu macamna nak join anak-anak palestin hadapi hujan peluru dan bom?

jadilah-jadila cik shazana oi bermimpi..

dua tiga hari ni pun banyak berlaku..

sebelum balik da kene tembak dengan "ayah".."cuti kejap wat pe balik?..duk hostel la study"..adeh..tergagap2 nak jawab..jawapan bese"cuti sem doktor..hu3"..

balik..rindunya mereka..melihat wajah tua mereka..hadir rasa bersalah..hmm..motivate sekejap...

bila balik campus..diawangan lagi..buat keje tapi kepala xkat situ..nasib baik datang gerombolan kedua untuk kembalikan encik"strength" saya..walaupun setengah jam je..enough..
thanks for visit me..
melihat wajah mulus budak berdua itu..dan melayan celoteh mereka cukup untuk bekal rindu dua bulan ini..last tadi aku sempat pesan "along and ashz belajar molek2.."muadz kiss pipi aku..alia peluk aku kemas sambil angguk..hu3..kata2 itu aku tujukan untuk diri aku sekali..

harap encik "strength" sudi la terus bertandang dalam diri saya supaya saya xhanyut..

aku perlu kuat untuk aku dan "mereka"

insyaallah saya xkan biarkan encik"strength" saya tenggelam lagi..

To his little brother(hadif),he is very caring and responsible “ABANG”..



To his sister(along) and aunt(mok dek) he is very naughty boy,certain time he will be peacemaker to them..



To his mak tok n pok tok,he will be matured and helpful….person,except when he crying..



To his ummi and abah,he is very pampered boy






To his pak ngah n chik ngah,he will be a story teller



To his pok chat,he wil be a DJ,request his pok chat to sing “lagu pakai baju kancing baju”…

AND

To his chik and the..





He will be multipurpose personality…









He will be very good “geng” when chik and the bully his along and mok dek..
He will be advisor when chik and the want to buy something(besenye advice dia supaya chik and the beli mainan utk dia..hmmm..
He will be reminder when chik n the promise something to him..
He will be funny person when he want to tell about something but different “ayat”..
He will be like “pisau cukur”mengepau his chik and the..
AND
he will be manja person,want to makan with chik and the,even chik and the makan ikan kering pun dia nak jgk,when he want to sleep and when along and mok dek bully him …

He is our STRENGTH…He is our SOUL..

ABANG MUADZ DA BESAR…

19 SEPTEMBER 2010



...muadz sambut birthday yang keempat..
sebab chik and the xleh sambut skali,so,awal2 da bagi hadiah

sekarang..budak tu da besar..

da pandai komen pasal orang…(besenye the yang kene)
da pandai nasihat orang(especially along dia)
da pandai merajuk bila dia cakap orang xdengar..
da pandai bagi pendapat...
da pandai betulkan ape yang xbetul..(di mata dia)
da pandai pertahankan apa yang dia cerita (bila ada orang argue)...
da pandai marah orang bila orang wat salah..
cakap banyak..perangai pun banyak..gigi je xbanyak2..
Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke empat
Sannah Helwah Ya ”Ashz”..
……..MY HERO...

gambo muadz dari kecik sampai ke beso(4 tahun)

























p/s: sorry ye ashz achik anda busy..birthday da lama,tp br post

Salam semua..

hari ini merupakan hari istimewa untuk hadif walaupun dia tak tau pape..
aku plak, esok start final exam untuk semester 2 iaitu 30/3.
walaupun aku sibuk nak hantar assignment yang diberi last minit,study lagi..
tapi untuk prince aku ni,aku berkorban lima minit untuk entry dia..
esok2 bila dia besar,bleh la dia baca..


birthday boy

Selamat Hari Lahir Yang ke-2 untuk Ahmad Hadif Mifzal..

Semoga hadif cepat besar..



semoga hadif dapat hadiah yang banyak dari ummi dan abah..

semoga hadif happy sokmo..

semoga hadif dapat main dengan gembira

bersama mok dek,kak ya dan abg muadz..

semoga hadif da x menangis malam2..

dan Semoga Hadif jadi cucu yang penyayang kepada mok tok dan pok tok,anak yang solleh kepada ummi dan abah,adik yang baik kepada kak ya dan abg muadz dan anak sedara yang ber"juruh" kepada achik,the dan mok dek..





hadif bersama bidadari-bidadarinya...

we love u so much

Salam semua..
pada cuti semester break yang lepas.sekejap je seminggu.aku ada menjalani kursus biro tatanegara selama 4 hari berkampung di kem desa mahmood,pasir mas.Kelantan.aktiviti sume best2 kecuali ceramah,besela,boring ckit.Antara aktiviti yang aku xleh lupa kembara minda dan night walk.kembara minda tu aktiviti macam explorace.bagi amanat suh jaga.ada satu task tu,group aku xikut arahan,jadinya terpaksala meredah air kolam yang ntah penuh pape dua kali.orang lain wat skali je..first time,pkai b.a,tido dalam air then seberang guna tali..iyark..baunya sgtla wangi..yang kedua kalinya aku kena seberang guna 2 tali,satu atas kepala,satu bawah kali..sekali tengok macam monyet,dua kali tegok baru macam orang. Masa menyeberang tu ada la abg2 fasi yang sangat jahat nak jatuhkan kita dalam air.dan aku selamat sampai.halangan lain macam binggo manusia,spider web dan khabar angin.kena wat cheer song agi.habis aktiviti tu,besela malam tu ada sesi tangis menangis.ingat mak,ingat ayah.pastu nangis.sampai krem kaki aku..then aktiviti night walk.sebenarnya aktiviti ni suprise.kejut orang kul 3 pagi.aku pulak terkejut 5 minit sebelum kul 3.pastu dgr wisel.kumpul kat padang kawat.kononya kem kena serang.


Padang kawat..tempat menjerit,meraung,berkawat,berponco-ponco..dan sebagainya..




maka terpaksala kami masuk hutan kul 3 pagi.hutan kebun getah.masa tengah jalan gelap tu dengan xde lampu jalan dan rumah orang.aku pun terfikir.beginila agakya kehidupan burung hantu.untungnya aku dapat merasai kehidupan walaupun aku ni burung hantu untuk sementara waktu je..tengok langit,cantiknya bintang..bila tarik nafas,sejuknya udara.inila kelebihan berjalan diwaktu orang lain sedang tido..xsume orang dapat rasainya.lepas tu dia lepaskan sorang-sorang pegang tali..mak aih jauh plak tu..tali plak bnyak halangan.tecucuk situ,,tercucuk sini.pastu tengahjalan tu ada la hantu yang xbertauliah.duk usik orang.macam-macam.aku secara spontannya sebab terkejut,bukan hantu kejar aku,aku yang kejar hantu.hantu tu siap lari lg.kena hempuk ngan botol air mineral.pastu jalan lagi kat depan,jumpa geng,dia kata tali putus.ingatkan kene tido dalam hutan dah.pastu tetiba je hantu tolong betulkan tali.kantoi dah la..bila sampai kat padang,jumpa jan,tanya takut x?jan kata xtakut ah..hantu bau rokok.fuhh,macho gila jan.kawan aku lg dasyat.ciap bagi hantu tu mandi ngan air mineral lg..kcian btul hantu tu.esoknya.berjalan masuk kampung,cari jalan pulag ke kem.selamat sampai.dua hari lepas kem tu,aku dapt msg,salahseorang fasi aku,kak intan karina meninggal coz excident.memang aku terasa sangat..dia yang banyak tolong aku masa kaki aku krem,then ms tunggu abg aku ambik,dia teman aku disamping fasi-fasi lain.mmg tak disangka perkenalan kami diakhir usianya.rahsia allah,tiada siapa yang tahu.moga arwah kak intan karina tenang disana..ameen..Sekadar untuk kenangan..


bebudak SE..sebelum berangkat pulang..kenangan bersama abg alif..

Burung Hantu..

Salam...
klau bercakap pasal burung hantu,ape yang akan kita fikirkan?klau aku,secara autonya aku pk...
statement 1:
burung hantu x tido malam..berjaga..siangnya tido..

statement 2:
burung hantu cute..muka dia unik..

lately,bebudak SE ada masalah schedule claz..oleh sebab budak SE ramai,so kene duk kat kelas yang special,kelas cikai2 xleh..xmuat..kebanyakan lecture kami kat medan syarahan barat or timur (mst/msb)..kebanyakan ke?rasanya hampir semua kot..nak dijadikan cerita,mst and msb blackout 2 minggu yang lalu..memula..happyla coz tadak klaz..ingatkan sehari je..rupanya lama..semalam lecture inform maybe dekat sebulan coz cable bawah tanah putus..prosedur kerajaan ambik masa sebulan..

so,bebudak SE free la siangnya..malam plak terpaksa replace.nak buat siang hari bilik kuliah memang xcukup..dr pouzi suggest bebudak SE buat kelas start kul 9.00 until pukul 5.oo a.m..ok x?xpenah lagi mn2 u wat rasanya..

Jd relateNYA..bebudak SE akan jadi burung hantu la sebulan ni..siang hari membuta..malamnye ada klaz..burung antu pun,burung antu la..statement pertama betul...statement kedua pun betul..maknanya..bebudak SE sumenya cute2..he3..





Ada nampak persamaan X?ngeh3...

Older Posts

Blogger Template by Blogcrowds.