Salam semua..
leganya rasanya selepas semua tugasan selesai..
Exam da habis..present da lepas(entry present lepas ni akan diposkan)..thesis tunggu jilid..
Semalamlah rasanya tidur paling nikmat sekali setelah 6 bulan berjuang menyiapkan semua tugasan yang di amanahkan oleh pensyarah-pensyarah kami..jumaat ni aku akan berangkat pulang ke rumah..tinggallah segala kenangan bersama pelajar-pelajar DTM batch 06..Selepas ini masing-masing dengan haluan masing-masing..ada satu lagi kerja yang belum selesai iaitu menghadiri kursus linux pada pertengahan mei ini..terima kasih kepada sahabat-sahabatku kerana sudi berkongsi suka dan duka sepanjang tiga tahun kita bersama..jasa dan budi kalian akanku kenang sampai bila-bila..Doa kuiring agar ukhuwah yang terjalin kekal selamanya..setiap yang Allah aturkan adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya..siapa tahu rahmat disebalik kejadian..semoga perpisahan ini yang terbaik untuk kita semua..Kita berpisah kerana mengejar cita-cita dan ilmu..Moga perpisahan ini menguatkan lagi ukhuwah antara kita..Semoga wujud lagi lorong-lorong pertemuan antara kita semua..semoga redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita ..amin...
pasni tido puas2..
so pe plan pasni?