Rabu..
27 mac 2009..
10.15 a.m
Dengan semangat yang waja,aku dan roomate aku datang awal pagi ni..minggu kedua ni,tiada lagi encik mahayudin yang cukup sabar melayan karenah kami..yang kadang-kadang wat lawak tak menjadi dan kami tak gelak..tapi yang dia tak wat lawak tu la yang slalu kami gelakkan sebab lawak bagi kami..faci yang selalu dibuli oleh jan..Minggu ni mr.balan..indian BOY..jauh dari khayalan kami,dia seorang yang handsome,sebelum ni kami bayangkan mr.balan ada perut seperti orang mengandung 7 bulan..tapi hakikatnya dia memang pandai jaga badan..ape lagi ye kitaorang bayangkan..kitaorang bayangkan dia pakai serban orang singh..tapi takpun..rambut dia hitam ikal..jan da jatuh hati..daripada panggilan sir/mr. skrang dia panggil abang..hahaha..panjang betul intro aku..tak masuk tajuk agi..hari aku datang pepagi dapat la cek tagged,fs blog n macam2 lagi..he3..tengah2 cek. mr balaan masuk..semalam dia masuk mintak permission pegi minum kopi dulu..harini masuk.
mr.balan:"ok,kita wat kuiz ape yang kita blajar semalam..SHAZANA!..mcmna nak install yum..""
aku:"aik,macam nama aku je..tengah blur2..aku pun jawab jela..bla..bla..bla..."hahaha...
mr balan:"nurul jannah! how to install pro.."
dengan yakinnya jan pun jawab
jan:"bla..bla..bla.."
mr.balan:"wrong"
dia pun jawab la...bla..bla..bla..
jan pun garu kepala dengan muka pening2.
jan:"aik,macam jawapan aku bagi tadi.."
aku n nani dah pegang perut gelak kat blakang..hahaha..
skrang ni orang2 yang tak kena soal lagi tengah bedebar..hehehe..
setakat hari ni..kami kena pay attention betul2 bila dia cakap..klau tak,jgn harap bleh faham..
time rehat n balik,dia kan marah sape2 yang tak rehat or balik.."wei balikla".."wei rehatla"..
macam-macam..
ni yang kitaorang bayangkan he3..
haa..yang ni la dia..handsome tak?:-)
KAHERAH 17 Mei - Api tersembur keluar dari pentas utama dan kabus mengelilingi seorang lelaki muda berjubah sebelum dia menghampiri mikrofon dan merenung serius ke arah kamera dan memulakan nyanyian yang diiringi alunan irama gendang.
"Saya mengakui Allah sebagai Tuhan, agamaNya sebagai anutanku, dan PesuruhNya sebagai ikutanku," demikian lirik nyanyian yang didendangkan di depan penonton yang dipisahkan antara lelaki dan wanita.
Pemuda ini adalah seorang peserta dalam rancangan realiti format American Idol versi Islam yang dilancarkan bagi mencari dan mempromosi bakat untuk saluran video berunsur Islam yang pertama dalam dunia Arab.
Stesen televisyen satelit, 4shbab yang membawa maksud 'Untuk Pemuda-pemudi' adalah hasil buah fikiran petugas media Mesir, Ahmed Abu Heiba yang menegaskan misinya adalah untuk menyebarkan mesej bahawa orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini.
"Sebelum ini, kita gagal menyebarkan mesej ini. Apa yang saya cuba lakukan adalah menggunakan bahasa universal muzik untuk menunjukkan rupa sebenar Islam," kata Abu Heiba semasa ditemuramah baru-baru ini.
Saluran baru yang dilancarkan pada Februari dan dapat ditonton di negara-negara Arab adalah satu usaha untuk menarik perhatian anak muda yang lebih mementingkan agama dan pada masa sama, berdepan pengaruh pop Barat. - AP
klau aku tanya korang pasal latest malaysian idol mesti korang bleh jawabkan..
cuba klau aku tanya pasal islamic idol,korang tau ke?
saje je untuk ingatan semua..kita duk agungkan penyanyi,tak kemana pun..huhu
adape from blog bro hamdi..jangan marah ye..:)
Salam semua..
Hari ni merupakan hari ketiga aku berkursus linux.hari ni aku nak bercerita pasal padan muka..nape ngan padan muka?padan muka sape?..meh nak citer..hari pertama kitaorang sampai sini kitaorang diberitau yang kursus akan diadakan di makmal teknologi multimedia..punyalah seronok kitaorang..naktau sebab pe?sepanjang tiga tahun kat sini kami tak pernah masuk makmal ni..hahaha..padan muka..budak2 it memang tak dibenarkan masuk makmal ni kecuali ada program..yang keduanya semalam..sesampainya kat makmal ni,en.mahayudin pun gitau,"kita ada test assesment,buat dalam masa half an hour"ambbik kau..punyala terkejut beruk kitaorang sebab pada awal kursus dah diberitahu takde ape2 asessment..padan muka kitaorang..tapi nasib baik soalan tak susah..yang ketiganya lepas dia kutip asessment tu..ciap bagi extra time lagi..dia pun cakap..sebenarnya asessment ni hanya untuk uji sejauh mana pengetahuan saudara saudari pasal linux..dan markah ni tak termasuk dalam graduation nanti..HAHAHA..padan muko...punyala berguni2 jawapan kitaorang da bagi..letih tulis..last2 dia buat sesaje je test tu nak bagi kitaorang gabra..nak marah la jugak....kesimpulannya..padan muka kitaorang..sape suruh tak wat revision..kwang3...
salam semua..
sekarang ni sem break da start,tapi aku masih lagi di bumi UDM..nape plak?tak balik umah ke?da balik la..tapi sekarang aku tengah mengikuti kursus linux yang dianjurkan oleh fakulti selama 19 hari..yang tukang ajarnya plak dari Mdec+Msc..ada 3 orang tenaga pengajar..minggu pertama ni en.mahayidin..minggu seterusnya,aku pun tatau sape yang akan ajar..klau korang nak tau,linux ni sejenis OS..mungkin budak2 yang tak bese ngan IT tak penah dengar kot..OS tu pulak yang bese ramai orang guna adalah windows.tapi linux ni lagi power la..sebab en muhayidin promote..hahahari pertama agak boring sebabnya semalam semuanya teori..pagi tu,ok lagi coz sumenye bersemangat..masuk sesi kedua..sumenye dah gelisah..jan cakap en mahayidin macam dodoi dia,nani plak tengah duk tulis2 boleh teerlelap..nasib baik en tu tak sedar..dia cakap awal2 dah,"sesi petang ni memang bosan,saya tak heran sape tido,klau yang tak tido tu saya pelik,tapi klau sape tido,saya jentik hidung..".tapi takdela bosan sangat sebab da bese masuk kelas teori..jadi,takdela yang kena jentik hidung..hu3..k.la..nanti aku wat posting lain..nak wat praktikal ni..adios
Salam semua..
leganya rasanya selepas semua tugasan selesai..
Exam da habis..present da lepas(entry present lepas ni akan diposkan)..thesis tunggu jilid..
Semalamlah rasanya tidur paling nikmat sekali setelah 6 bulan berjuang menyiapkan semua tugasan yang di amanahkan oleh pensyarah-pensyarah kami..jumaat ni aku akan berangkat pulang ke rumah..tinggallah segala kenangan bersama pelajar-pelajar DTM batch 06..Selepas ini masing-masing dengan haluan masing-masing..ada satu lagi kerja yang belum selesai iaitu menghadiri kursus linux pada pertengahan mei ini..terima kasih kepada sahabat-sahabatku kerana sudi berkongsi suka dan duka sepanjang tiga tahun kita bersama..jasa dan budi kalian akanku kenang sampai bila-bila..Doa kuiring agar ukhuwah yang terjalin kekal selamanya..setiap yang Allah aturkan adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya..siapa tahu rahmat disebalik kejadian..semoga perpisahan ini yang terbaik untuk kita semua..Kita berpisah kerana mengejar cita-cita dan ilmu..Moga perpisahan ini menguatkan lagi ukhuwah antara kita..Semoga wujud lagi lorong-lorong pertemuan antara kita semua..semoga redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita ..amin...