happy birthday to my younger sis..
may allah bless u and open the heaven to shower you a lot of love and happiness...
hope u will get the best result in your SPM..

hari ni birthday de..jadi malam ni ayah nak sponsor kami makan malam kat luar..lama dah tak makan kat luar..ayah kata malam ni bukan setakat sempena birthday de sahaja tapi sebab tak lama lagi dia akan menunaikan tanggungjawabnya kepada negara..(nak jadi wirawati la katakan...kwang3..)harap2 balik dari pkn ni dia makin slim..heh3..juga sempena saya akan balik ke kampus tak lama lagi..
lepas ni si kecik akan duk sesorang la..da xde orang nak sakat2 dia..he3..
i am sure that you will miss us..he3..
mak pun jadi macam mula-mula kahwin la..berdua je bila sakinah pegi sekolah dan abg saiful tak bangun lagi..he3..malam ni nak online lagi..bleh upload gambar sekitar majlis nanti..

tadi saya teman adik pegi settlekan urusan permohonan u kat ppd..kami tak makan dari pagi..pastu gi bank sementara tunggu dia dekat bank,saya pegi lepak kat cc..lepas 2 kami pegi a&w..saya buat ape yang orang lain tak pernah buat..sepatutnya saya yag blanje birthday girl,ini terbalik pulak..birthday girl blanje saye..huhuhu..dahla makcik yang jual a&w tu salah bagi menu kat kami..order lain,dapat lain..hampeh betul..by the way..time kasih daun keladi birthday girl..:)

untuk kawanku tersayang..
harap2 cerita ni dapat memberi suntikan semangat pada anda..
syukurlah dengan ape yang kita peroleh..
mungkin kita diuji kerana ada langkah2 kita yang tersasar dari landasan..
semoga dugaan ini menambahkan lagi kecintaan kita kepadaNYA..

RENUNGILAH..

Pahit kehidupan umpama garam

SUATU pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia.

Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.

�Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya�, ujar Pak Tua itu. �Masin sampai pahit, pahit sekali,� jawab anak muda itu sambil meludah kesisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudiannya, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tuan itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

�Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

�Jadi saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskan hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskanlah wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya,� katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata � Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.�

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, kembali menyimpan �segenggam garam� untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

AlaHai UDM_ku..

ape ni udm..

mula2..janji 18 kuar result..

pastu tunda 22...bila check 22..

xleh nak sign in langsung..

suspen betul..

dup..dap..dup..dap.. berdebar..apela nasib result kali ni..

ShA SaYanG AlonG

Along, Sha minta maaf dengan Along. Sha selalu buat Along marah dan sakit hati. Sha selalu susahkan Along. Sha selalu buat Along sedih. Along tak pernah mengadu dan merungut pada papa pasal Sha. Semuanya Along simpan sendiri. Sha tahu Along sayang Sha. Tapi, Sha buta selama ini Along. Sha tak dapat bezakan antara permata dengan kaca. Sha tak dapat beza yang mana putih dengan hitam.
Along, Sha ingat lagi. Waktu itu, Sha masih kecil. Sha baru darjah satu dan Along sudah darjah tiga. Along ingat lagi? Sha memang nakal masa tu. Sha sangat nakal mengalahkan budak lelaki. Sha ingat lagi perkara tu sampai sekarang. Masa tu, Sha bergaduh dengan Lisa. Sha tampar muka Lisa sampai pipi dia lebam. Sha memang nakal kan Along? Lisa mengadu pada ayahnya. Ayahnya datang ke rumah kita. Ayah Lisa hendak marah Sha. Tapi, Along sanggup jadi kambing hitam untuk Sha. Sha nampak macam mana ayah Lisa tengking dan herdik Along. Sha juga nampak bagaimana ayah Lisa tampar muka Along. Kasihan Along. Papa tiada di rumah waktu tu. Terima kasih Along sebab 'selamatkan' Sha.
Masa Along darjah lima, Sha buat hal sekali lagi. Kali ini, Sha curi duit belanja Aizat sebab Aizat selalu ejek Sha. Sekali lagi, Along sanggup jadi kambing hitam. Along mengaku sewaktu perhimpunan. Sha nampak Along kena rotan dengan cikgu disiplin. Kasihan Along. Punggung Along calar-balar kena rotan. Tiga hari Along tidak boleh tidur dan akhirnya Along demam. Tapi, Along tak pernah bagitahu papa dan mama tentang kesalahan dan kejahatan Sha. Terima kasih Along sebab selamatkan Sha buat kali kedua.
Along ingat lagi tak waktu papa belikan kita basikal baru? Masa tu, Sha dengki sangat dengan Along sebab Along dapat basikal yang besar. Sha nak juga basikal macam Along. Along mengalah dengan Sha. Terima kasih Along. Tapi, papa marah pada Sha. Papa tak benarkan Along tukar basikal dengan Sha. Papa kata Sha dah melampau. Papa tak mahu Sha jadi besar kepala. Sha mengamuk. Sha pecahkan pinggan dan teraburkan bilik tidur papa dengan mama. Along tak suka Sha biadap dan kurang ajar pada papa dan mama. Buat kali pertamanya, tangan Along naik ke pipi Sha. Geram, marah, sedih, sakit hati semuanya ada dalam hati Sha. Terima kasih Along kerana tampar Sha pada hari itu. Along sudah berjaya ajar Sha supaya lebih menghormati papa dan mama. Sejak dari hari itu, Sha tak berani tinggi suara pada atau melawan kata papa dan mama. Sha takut Along tampar Sha lagi. Tapi, saat itu juga, Sha sudah mula membenci Along. Maafkan Sha Along.
Selepas mama tiada, perangai Sha semakin teruk. Papa selalu sibuk dengan urusan kerjanya. Papa jarang berada di rumah. Nasib baik ada Mak Liah. Mak Liah yang uruskan semua kerja rumah. Along mengambil posisi papa ketika papa tiada di rumah. Along sanggup berulang-alik dari universiti ke rumah semata-mata untuk memastikan pelajaran Sha terjaga. Terima kasih Along.
Waktu itu, Sha benci sangat pada Along. Along halang Sha keluar rumah. Sha benci pada Along. Along kongkong Sha. Sha ingat lagi waktu Along tengking Sha di depan kawan-kawan Sha. Sha malu sangat waktu tu. Sha malu ada abang seperti Along. Selepas daripada kejadian tu, semua kawan-kawan Sha lari. Mereka tak mahu lagi berkawan dengan Sha. Sha jadi semakin benci pada Along. Tapi, terima kasih Along sebab halang Sha berkawan dengan mereka. Mereka bukanlah kawan yang baik. Along tahu tak? Minggu lepas, salah seorang daripada mereka di dapati positif HIV.
Along Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari sebuah universiti tempatan. Kenapa universiti tempatan? Semua orang pelik dengan kehendak Along. Papa mampu menghantar Along ke universiti luar Negara. Tetapi, dengan berhemah dan lembut Along menolak semua tawaran yang datang. Pak Su, Mak Ngah dan semua adik-beradik mama hairan dengan Along. Along bagitahu mereka, Along mahu jaga Sha. Waktu itu, Sha rasa amat marah dan benci sangat pada Along. Bagi Sha, rumah kita umpama neraka jika Along berada di dalamnya.
Sha menjadi semakin benci pada Along apabila papa menyuruh Along untuk bekerja dengan papa di ofis. Papa memang selalu menyebelahi Along. Papa juga membelikan Along sebuah kereta baru. Sha cemburu dengan Along. Sha minta papa belikan Sha sebuah motor. Tapi, papa tidak mahu membelikan Sha motor. Papa kata, tiada gunanya Sha mempunyai motor. Jika Sha mahu ke mana-mana Along dan Pak Man boleh tolong hantarkan. Sekali lagi nama Along ayah sebut di depan Sha. Sha benci Along.
Suatu hari, sewaktu pulang dari kolej, Sha terkejut apabila mendapat tahu Along telah membelikan Sha sebuah motor yang telah lama Sha idamkan. Terima kasih Along kerana belikan Sha motor . Tapi, Sha tak pernah ucapkan terima kasih pada Along sebelum ini. Sewaktu mendapat kunci dari Along, Sha sedikit pun tidak mengucapkan terima kasih kepada Along. Along tak marah pun pada Sha. Mungkin Along tahu Sha benci pada Along waktu itu.
Sha memang tak pernah menghargai kebaikan Along. Ada sahaja kesalahan Along pada mata Sha. Kali terakhir Sha lihat Along menangis adalah sewaktu mama meninggal dunia. Selepas itu, Sha tak perah nampak Along menangis. Tetapi, hari itu, Sha lihat Along menangis. Ego Along sebagai seorang lelaki hilang entah ke mana. Along bukan menangis kerana kematian sesiapa, tetapi, Along menangis kerana Sha. Sha sangat teruk kah Along? Sehingga mampu membuatkan lelaki setabah dan sebaik Along menangis.
Pada malam itu, Sha sengaja pulang lewat ke rumah. Sengaja Sha biarkan Along susah hati. Sha duduk menghabiskan masa dengan teman lelaki Sha, Adam, di Times Square. Sha sengaja matikan telefon bimbit sewaktu Along hubungi Sha. Tetapi, entah dari mana Along tahu Sha berada, tiba-tiba Along muncul di hadapan kami. Waktu itu, Sha tengok muka Along merah padam menahan marah. Sha terkejut dengan tindakan Along. Tanpa disangka, Along menumbuk muka Adam sehingga dia tersungkur. Darah mengalir keluar dari hidung dan mulut Adam. Sha tak pernah lihat Along bergaduh dengan sesiapa pun. Sha tak pernah mendengar Along mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa pun. Tetapi malam itu, Along bukan seperti orang yang pernah Sha kenal.
Sampai di rumah, Along terus menuju ke bilik tanpa berkata sepatah pun pada Sha. Sha benci Along. Oleh kerana Along, hubungan Sha dan Adam hancur. Along punca kepada kesedihan yang Sha alami ketika itu. Pada pukul tiga pagi itu, Sha terjaga dari tidur kerana berasa dahaga. Sewaktu melalui depan kamar Along, Sha tedengar suara Along menangis. Sha buka pintu bilik Along perlahan-lahan. Sha nampak Along sedang berdoa. Sha lihat segala kelakuan Along. Selepas berdoa, Sha lihat Along menatap foto mama yang sentiasa kemas tersusun di almari tepi katil Along. Sha dengar Along minta maaf pada mama kerana tak dapat jaga Sha dengan baik.Sha dengar rintihan Along. Tapi, hati Sha ni keras Along. Sha sedikit pun tidak tersentuh dengan kelakuan Along. Sha menjadi semakin benci pada Along.
Sha sanggup melakukan apa sahaja untuk menyingkirkan Along dari rumah itu. Selagi Along berada di dalam rumah itu, segala kehendak dan kelakuan Sha pastinya terbatas. Papa keluar ke Australia kerana urusan kerjanya. Disebabkan rasa benci yang tinggi pada Along dan ditambah dengan hasutan syaitan yang sememangnya telah bertakhta di hati, Sha melakukan perbuatan kejam ini pada Along; seorang abang yang penyayang, bertangungjawab dan baik hati. Maafkan Sha Along. Sha bersalah. Sha memang tak berhati perut.
Kalau Along ingin tahu, Sha orang yang bertangungjawab di atas semua yang terjadi. Sha yang putuskan brek kereta Along. Sha jahat! Sha kejam! Pagi itu, Along keluar ke pejabat dengan kereta yang telah Sha rosakkan. Waktu itu, Sha memang tidak berfikir panjang. Sha terlalu mengikut kata hati. Benar kata orang, kalau ikut kata hati,nanti mati. Petang itu, satu panggilan dari hospital telah mengejutkan Sha. Muhammad Azwan bin DatoĆ¢€™ Akil tiada lagi di dunia ini. Ketika itu, Sha memang tiada daya untuk berdiri lagi Along. Lutut dan semua sendi Sha lemah. Kepala Sha berpinar-pinar. Maya Aisha binti DatoĆ¢€™ Akil seorang pembunuh! Sha bunuh abang kandung Sha sendiri! Sha bunuh Along!
Keadaan kereta Along sangat teruk. Hancur! Begitu juga dengan jenazah Along. Jenazah Along hancur sama seperti keretanya. Sha tak dapat nak lihat dan kucup wajah Along buat kali terakhir. Muka Along yang putih bersih dan kacak itu, sudah hilang sama sekali. Tiada lagi mata Along yang redup. Tiada lagi hidung Along yang mancung. Sewaktu mereka bawa jenazah Along ke tanah perkuburan, Sha menangis sekuat hati. Sha tak mahu kehilangan Along. Namun apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi. Semuanya sudah terlalu lewat.
Along, Sha rindu Along. Terima kasih Along di atas segalanya. Kini, Sha hanya menunggu hukuman yang bakal di jatuhkan tidak lama lagi. Maafkan Sha , Along. Sha sayang pada Along. Sha rindu sangat pada Along. Siapa yang akan sanggup jadi 'kambing hitam' Sha? Siapa yang boleh menegur kelakuan Sha selepas ini? Siapa ? Benar kata orang, kita hanya akan menghargai sesuatu itu apabila ianya telah tiada atau hilang dari kita. Along, kalau ada peluang lagi sekali, Sha nak sangat menatap mata Along yang redup. Sha nak dengar suara Along sekali sahaja, boleh tak? Andai masa ni boleh diputar balik, Sha nak bagitahu Along yang Sha sangat sayang pada Along. Sha nak mohon ampun pada Along. Sha sayang Along. Semoga Allah menempatkan Along di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..

Along,....

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you



Webpage uia menggunakan warna rasminya sebagai warna tema webpage iaitu hijau kebiruan dan digabungkan bersama warna putih.Webpage uia tidak kelihatan kosong malah menggunakan sepenuh ruang dengan teratur.Webpage ini menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi.Bagi sesiapa yang kurang mahir bahasa ini, sudah tentunya mereka kurang gemar melayari web ini. Webpage ini boleh diperbaiki dengan mengadakan dwibahasa untuk memudahkan pengguna.Jadi,pengguna boleh memilih bahasa mana mereka suka.



Webpage ini tiada daya tarikan. Webpage ini sangat simple. Webpage ini juga tidak menggunakan sepenuh ruang.Bahagian kanan webpage dibiarkan kosong tanpa diisi dengan maklumat. Webpage ini cuma meletakkan maklumat universiti sahaja. Banyak lagi maklumat lain yang tidak diletakkan seperti webpage ipta lain. Webpage ini juga menggunakan saiz tulisan yang agak kecil.Bahagian atas diletakkan gambar kampus utama utem dan disebelahnya diletakkan maklumat yang sentiasa bergerak-gerak dan maklumat itu juga menggunakn saiz tulisan yang agak kecil dan menyukarkan pembacaan pengguna.



Bahagian kanan dan kiri webpage ini dibiarkan kosong.Menggunakan latarbelakang warna kelabu dan putih memperlihatkan webpage ini kelihatan simple.Membahagikan maklumat kepada tiga kategori.Maklumat yang diberi didalam webpage ini boleh diklik untuk pengguna mengetahui berita lanjut.

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds.