like father like son..
salam..
syukur kehadrat ilahi kerana aku masih berada dibawah naungan agamanya..doaku semoga sentiasa berada dibawah naunganNya hingga akhir hayatku..
apasal tetiba keluar ayat buku ni..
hmm..aku just nak express kan kesyukuran aku..

yela..aku sentiasa di guide..

time aku terlalai..aku ditegur...
time aku tersasar..aku dipimpin..
time aku terlupa aku diingati..

semalam..
aku ambil keputusan untuk balik awal sehari ke campus..
selepas solat..terus aku ke tempat menunggu bas untuk bawa aku ke umt..aku panggil bas muzium..

aku duduk ditepi seorang mak cik..aku tengok muka dia..sayu sangat..
kedut seribu di wajah dia membayangkan "sakitnya" dia..
mak cik: dari mana?
aku: kemaman
makcik:sekolah tingkatan berapa?
aku:dah habis sekolah..sekarang belajar kat gong badak..
makcik:oo..da masuk u la ye..anak makcik besar kamu la..tapi baru tingkatan lima..
aku tersentak..anak dia baru tingkatan lima..klau dilihat wajahnya..seolah-olah dia sudah bercucu..betapa pengalaman dan dugaan hidup betul2 mematangkan wajahnya..
bersama makcik tu ada seplastik bungkusan..
aku:mak cik nak kemana?
mak cik:ke cendering..nak jual coklat ni..
lama aku berfikir..entah ape..
aku:makcik jual berapa ni?
makcik:1.50..
aku keluarkan duit untuk tambang bas..aku serahkan pada makcik tu..
aku:saya beli satu mak cik..
terkial-kial makcik tu mencari duit baki untuk serahkan kepadaku..aku tahan perasaan aku..

hari ini

aku dapat col..
my big bro and family came to visit me..
ajak pi makan2..
dan nak balik tadi..dia sempat hulurkan ang pau untuk aku..
he3..sengih je la...xdela dia bagi berjuta-juta..tapi cukupla untuk support
makan dua minggu..
thanks bro..
subhanallah..besarnya pengajaran aku dapat harini...
rezeki allah boleh datang dengan keadaan tak disangka dan segenap penjuru..

"You Give And You Will Receive "


sumbangan aku pada makcik tu sikit yang amat..tapi balasan allah..subhanallah...
ntah kenapa aku betul-betul harap anak dia dapat bawa mak dia keluar dari "kesakitan" itu pada masa akan datang sama seperti abang-abang aku bawa mak dan ayah aku keluar dari "kesakitan" kami ..dulu orang mungkin lihat mak aku "sakit" sebab nak kemana-mana mak aku dengan basikalnya...sekarang mak aku da tersenyum senang bersama kancil kesayangannya pegi kemana-mana hadiah dari abang..
dia "kuat" kerana keadaan sekeliling menuntut dia supaya kuat...
dan aku perlu kuat kerana orang disekeliling aku memberi aku kuat..(ayat ape ini?)perlu ke aku minum tonik "kuat" untuk terus kuat..
shazana!!! dush!dush!dush!.jangan merepek...

ok..times up!..xleh lebih..aku dah mencuri masa untuk perkara lain..
karang Allah tanya "shazana what you have done this time and that time"..ape aku nak jawab kalau aku salah gunakanya..

wahai hati..tenanglah...

"where is my..."

salam...

sudah lama menyepikan diri dari dunia blog..kenape ye..hmm..
lately rasa seperti kehilangan..tapi hilang ape?
hilang barang boleh diganti dengan yang baru,tapi bila hilang benda yang satu itu..manalah aku nak cari..
adeh..dimana shazana yang dulu?
hai encik "strength" sudah2 la merajuk dengan saya..
saya janji kalau saya dapat anda kali ni,saya xkan lepaskan anda..jaga anda baik..supaya anda dapat push saya...
"dulu"
dapat assignment terus buat...
kaki ni rajin je nak melepak bilik lecturer..
buat assignment ngan kengkawan sampai lewat malam..
bleh je stay up sampai pagi..
rajin wat nota cantik2...
bila dekat nak exam,library dunia kedua..balik bilik salin baju je..
dapat assignment susah2,,rasa tercabar nak cari input,besungguh2 nak buat

"KINI"
dapat assingnment..seminggu or hari last nak hantar baru dapat solve..
asal pegi bilik lecturer,ada meeting,lecturer pi k.l,lecturer cuti..akibatnya..give up nak pegi..malas nak pegi..alasan...jauh.."kemanakan perginya cik shazana yang kuat itu?"
start kul 11.30 da terkuap2..encik katil plak seolah2 menggoda.."konon" janji ngan diri nak tido lima minit je..last2 sampai lima pagi...
nota plak..da xcantik..sampai naik biru mata...
yang last ni xberubah tapi...rasa macam tiap kali pi situ input sikit je dapat...banyak termenung a.k.a berangan..
dapat assignment susah cikit..mengeluh..rasa macam xdapat buat..tertanya2..nape la susah sangat soalan ni...adehh...

KE MANAKAH AZAMKU...

hai cik shazana,anda baru nak masuk second year..dah terkial2.kalu panjang umur macamna nak hadapi cabaran akan datang..
tengok anak2 palestin yang kecil2 itu..berjuang di tanah air sendiri..
kalau bergelumang dengan soalan dan task2 pun anda xmampu macamna nak join anak-anak palestin hadapi hujan peluru dan bom?

jadilah-jadila cik shazana oi bermimpi..

dua tiga hari ni pun banyak berlaku..

sebelum balik da kene tembak dengan "ayah".."cuti kejap wat pe balik?..duk hostel la study"..adeh..tergagap2 nak jawab..jawapan bese"cuti sem doktor..hu3"..

balik..rindunya mereka..melihat wajah tua mereka..hadir rasa bersalah..hmm..motivate sekejap...

bila balik campus..diawangan lagi..buat keje tapi kepala xkat situ..nasib baik datang gerombolan kedua untuk kembalikan encik"strength" saya..walaupun setengah jam je..enough..
thanks for visit me..
melihat wajah mulus budak berdua itu..dan melayan celoteh mereka cukup untuk bekal rindu dua bulan ini..last tadi aku sempat pesan "along and ashz belajar molek2.."muadz kiss pipi aku..alia peluk aku kemas sambil angguk..hu3..kata2 itu aku tujukan untuk diri aku sekali..

harap encik "strength" sudi la terus bertandang dalam diri saya supaya saya xhanyut..

aku perlu kuat untuk aku dan "mereka"

insyaallah saya xkan biarkan encik"strength" saya tenggelam lagi..

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds.