happy birthday to my younger sis..
may allah bless u and open the heaven to shower you a lot of love and happiness...
hope u will get the best result in your SPM..
hari ni birthday de..jadi malam ni ayah nak sponsor kami makan malam kat luar..lama dah tak makan kat luar..ayah kata malam ni bukan setakat sempena birthday de sahaja tapi sebab tak lama lagi dia akan menunaikan tanggungjawabnya kepada negara..(nak jadi wirawati la katakan...kwang3..)harap2 balik dari pkn ni dia makin slim..heh3..juga sempena saya akan balik ke kampus tak lama lagi..
lepas ni si kecik akan duk sesorang la..da xde orang nak sakat2 dia..he3..
i am sure that you will miss us..he3..
mak pun jadi macam mula-mula kahwin la..berdua je bila sakinah pegi sekolah dan abg saiful tak bangun lagi..he3..malam ni nak online lagi..bleh upload gambar sekitar majlis nanti..
tadi saya teman adik pegi settlekan urusan permohonan u kat ppd..kami tak makan dari pagi..pastu gi bank sementara tunggu dia dekat bank,saya pegi lepak kat cc..lepas 2 kami pegi a&w..saya buat ape yang orang lain tak pernah buat..sepatutnya saya yag blanje birthday girl,ini terbalik pulak..birthday girl blanje saye..huhuhu..dahla makcik yang jual a&w tu salah bagi menu kat kami..order lain,dapat lain..hampeh betul..by the way..time kasih daun keladi birthday girl..:)
untuk kawanku tersayang..
harap2 cerita ni dapat memberi suntikan semangat pada anda..
syukurlah dengan ape yang kita peroleh..
mungkin kita diuji kerana ada langkah2 kita yang tersasar dari landasan..
semoga dugaan ini menambahkan lagi kecintaan kita kepadaNYA..
RENUNGILAH..
Pahit kehidupan umpama garam
SUATU pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia.
Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.
Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.
�Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya�, ujar Pak Tua itu. �Masin sampai pahit, pahit sekali,� jawab anak muda itu sambil meludah kesisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.
Kemudiannya, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.
Pak Tuan itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.
�Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.
�Jadi saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskan hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskanlah wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya,� katanya.
Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata � Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.�
Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, kembali menyimpan �segenggam garam� untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.
ape ni udm..
mula2..janji 18 kuar result..
pastu tunda 22...bila check 22..
xleh nak sign in langsung..
suspen betul..
dup..dap..dup..dap.. berdebar..apela nasib result kali ni..