Along, Sha minta maaf dengan Along. Sha selalu buat Along marah dan sakit hati. Sha selalu susahkan Along. Sha selalu buat Along sedih. Along tak pernah mengadu dan merungut pada papa pasal Sha. Semuanya Along simpan sendiri. Sha tahu Along sayang Sha. Tapi, Sha buta selama ini Along. Sha tak dapat bezakan antara permata dengan kaca. Sha tak dapat beza yang mana putih dengan hitam.
Along, Sha ingat lagi. Waktu itu, Sha masih kecil. Sha baru darjah satu dan Along sudah darjah tiga. Along ingat lagi? Sha memang nakal masa tu. Sha sangat nakal mengalahkan budak lelaki. Sha ingat lagi perkara tu sampai sekarang. Masa tu, Sha bergaduh dengan Lisa. Sha tampar muka Lisa sampai pipi dia lebam. Sha memang nakal kan Along? Lisa mengadu pada ayahnya. Ayahnya datang ke rumah kita. Ayah Lisa hendak marah Sha. Tapi, Along sanggup jadi kambing hitam untuk Sha. Sha nampak macam mana ayah Lisa tengking dan herdik Along. Sha juga nampak bagaimana ayah Lisa tampar muka Along. Kasihan Along. Papa tiada di rumah waktu tu. Terima kasih Along sebab 'selamatkan' Sha.
Masa Along darjah lima, Sha buat hal sekali lagi. Kali ini, Sha curi duit belanja Aizat sebab Aizat selalu ejek Sha. Sekali lagi, Along sanggup jadi kambing hitam. Along mengaku sewaktu perhimpunan. Sha nampak Along kena rotan dengan cikgu disiplin. Kasihan Along. Punggung Along calar-balar kena rotan. Tiga hari Along tidak boleh tidur dan akhirnya Along demam. Tapi, Along tak pernah bagitahu papa dan mama tentang kesalahan dan kejahatan Sha. Terima kasih Along sebab selamatkan Sha buat kali kedua.
Along ingat lagi tak waktu papa belikan kita basikal baru? Masa tu, Sha dengki sangat dengan Along sebab Along dapat basikal yang besar. Sha nak juga basikal macam Along. Along mengalah dengan Sha. Terima kasih Along. Tapi, papa marah pada Sha. Papa tak benarkan Along tukar basikal dengan Sha. Papa kata Sha dah melampau. Papa tak mahu Sha jadi besar kepala. Sha mengamuk. Sha pecahkan pinggan dan teraburkan bilik tidur papa dengan mama. Along tak suka Sha biadap dan kurang ajar pada papa dan mama. Buat kali pertamanya, tangan Along naik ke pipi Sha. Geram, marah, sedih, sakit hati semuanya ada dalam hati Sha. Terima kasih Along kerana tampar Sha pada hari itu. Along sudah berjaya ajar Sha supaya lebih menghormati papa dan mama. Sejak dari hari itu, Sha tak berani tinggi suara pada atau melawan kata papa dan mama. Sha takut Along tampar Sha lagi. Tapi, saat itu juga, Sha sudah mula membenci Along. Maafkan Sha Along.
Selepas mama tiada, perangai Sha semakin teruk. Papa selalu sibuk dengan urusan kerjanya. Papa jarang berada di rumah. Nasib baik ada Mak Liah. Mak Liah yang uruskan semua kerja rumah. Along mengambil posisi papa ketika papa tiada di rumah. Along sanggup berulang-alik dari universiti ke rumah semata-mata untuk memastikan pelajaran Sha terjaga. Terima kasih Along.
Waktu itu, Sha benci sangat pada Along. Along halang Sha keluar rumah. Sha benci pada Along. Along kongkong Sha. Sha ingat lagi waktu Along tengking Sha di depan kawan-kawan Sha. Sha malu sangat waktu tu. Sha malu ada abang seperti Along. Selepas daripada kejadian tu, semua kawan-kawan Sha lari. Mereka tak mahu lagi berkawan dengan Sha. Sha jadi semakin benci pada Along. Tapi, terima kasih Along sebab halang Sha berkawan dengan mereka. Mereka bukanlah kawan yang baik. Along tahu tak? Minggu lepas, salah seorang daripada mereka di dapati positif HIV.
Along Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari sebuah universiti tempatan. Kenapa universiti tempatan? Semua orang pelik dengan kehendak Along. Papa mampu menghantar Along ke universiti luar Negara. Tetapi, dengan berhemah dan lembut Along menolak semua tawaran yang datang. Pak Su, Mak Ngah dan semua adik-beradik mama hairan dengan Along. Along bagitahu mereka, Along mahu jaga Sha. Waktu itu, Sha rasa amat marah dan benci sangat pada Along. Bagi Sha, rumah kita umpama neraka jika Along berada di dalamnya.
Sha menjadi semakin benci pada Along apabila papa menyuruh Along untuk bekerja dengan papa di ofis. Papa memang selalu menyebelahi Along. Papa juga membelikan Along sebuah kereta baru. Sha cemburu dengan Along. Sha minta papa belikan Sha sebuah motor. Tapi, papa tidak mahu membelikan Sha motor. Papa kata, tiada gunanya Sha mempunyai motor. Jika Sha mahu ke mana-mana Along dan Pak Man boleh tolong hantarkan. Sekali lagi nama Along ayah sebut di depan Sha. Sha benci Along.
Suatu hari, sewaktu pulang dari kolej, Sha terkejut apabila mendapat tahu Along telah membelikan Sha sebuah motor yang telah lama Sha idamkan. Terima kasih Along kerana belikan Sha motor . Tapi, Sha tak pernah ucapkan terima kasih pada Along sebelum ini. Sewaktu mendapat kunci dari Along, Sha sedikit pun tidak mengucapkan terima kasih kepada Along. Along tak marah pun pada Sha. Mungkin Along tahu Sha benci pada Along waktu itu.
Sha memang tak pernah menghargai kebaikan Along. Ada sahaja kesalahan Along pada mata Sha. Kali terakhir Sha lihat Along menangis adalah sewaktu mama meninggal dunia. Selepas itu, Sha tak perah nampak Along menangis. Tetapi, hari itu, Sha lihat Along menangis. Ego Along sebagai seorang lelaki hilang entah ke mana. Along bukan menangis kerana kematian sesiapa, tetapi, Along menangis kerana Sha. Sha sangat teruk kah Along? Sehingga mampu membuatkan lelaki setabah dan sebaik Along menangis.
Pada malam itu, Sha sengaja pulang lewat ke rumah. Sengaja Sha biarkan Along susah hati. Sha duduk menghabiskan masa dengan teman lelaki Sha, Adam, di Times Square. Sha sengaja matikan telefon bimbit sewaktu Along hubungi Sha. Tetapi, entah dari mana Along tahu Sha berada, tiba-tiba Along muncul di hadapan kami. Waktu itu, Sha tengok muka Along merah padam menahan marah. Sha terkejut dengan tindakan Along. Tanpa disangka, Along menumbuk muka Adam sehingga dia tersungkur. Darah mengalir keluar dari hidung dan mulut Adam. Sha tak pernah lihat Along bergaduh dengan sesiapa pun. Sha tak pernah mendengar Along mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa pun. Tetapi malam itu, Along bukan seperti orang yang pernah Sha kenal.
Sampai di rumah, Along terus menuju ke bilik tanpa berkata sepatah pun pada Sha. Sha benci Along. Oleh kerana Along, hubungan Sha dan Adam hancur. Along punca kepada kesedihan yang Sha alami ketika itu. Pada pukul tiga pagi itu, Sha terjaga dari tidur kerana berasa dahaga. Sewaktu melalui depan kamar Along, Sha tedengar suara Along menangis. Sha buka pintu bilik Along perlahan-lahan. Sha nampak Along sedang berdoa. Sha lihat segala kelakuan Along. Selepas berdoa, Sha lihat Along menatap foto mama yang sentiasa kemas tersusun di almari tepi katil Along. Sha dengar Along minta maaf pada mama kerana tak dapat jaga Sha dengan baik.Sha dengar rintihan Along. Tapi, hati Sha ni keras Along. Sha sedikit pun tidak tersentuh dengan kelakuan Along. Sha menjadi semakin benci pada Along.
Sha sanggup melakukan apa sahaja untuk menyingkirkan Along dari rumah itu. Selagi Along berada di dalam rumah itu, segala kehendak dan kelakuan Sha pastinya terbatas. Papa keluar ke Australia kerana urusan kerjanya. Disebabkan rasa benci yang tinggi pada Along dan ditambah dengan hasutan syaitan yang sememangnya telah bertakhta di hati, Sha melakukan perbuatan kejam ini pada Along; seorang abang yang penyayang, bertangungjawab dan baik hati. Maafkan Sha Along. Sha bersalah. Sha memang tak berhati perut.
Kalau Along ingin tahu, Sha orang yang bertangungjawab di atas semua yang terjadi. Sha yang putuskan brek kereta Along. Sha jahat! Sha kejam! Pagi itu, Along keluar ke pejabat dengan kereta yang telah Sha rosakkan. Waktu itu, Sha memang tidak berfikir panjang. Sha terlalu mengikut kata hati. Benar kata orang, kalau ikut kata hati,nanti mati. Petang itu, satu panggilan dari hospital telah mengejutkan Sha. Muhammad Azwan bin DatoĆ¢€™ Akil tiada lagi di dunia ini. Ketika itu, Sha memang tiada daya untuk berdiri lagi Along. Lutut dan semua sendi Sha lemah. Kepala Sha berpinar-pinar. Maya Aisha binti DatoĆ¢€™ Akil seorang pembunuh! Sha bunuh abang kandung Sha sendiri! Sha bunuh Along!
Keadaan kereta Along sangat teruk. Hancur! Begitu juga dengan jenazah Along. Jenazah Along hancur sama seperti keretanya. Sha tak dapat nak lihat dan kucup wajah Along buat kali terakhir. Muka Along yang putih bersih dan kacak itu, sudah hilang sama sekali. Tiada lagi mata Along yang redup. Tiada lagi hidung Along yang mancung. Sewaktu mereka bawa jenazah Along ke tanah perkuburan, Sha menangis sekuat hati. Sha tak mahu kehilangan Along. Namun apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi. Semuanya sudah terlalu lewat.
Along, Sha rindu Along. Terima kasih Along di atas segalanya. Kini, Sha hanya menunggu hukuman yang bakal di jatuhkan tidak lama lagi. Maafkan Sha , Along. Sha sayang pada Along. Sha rindu sangat pada Along. Siapa yang akan sanggup jadi 'kambing hitam' Sha? Siapa yang boleh menegur kelakuan Sha selepas ini? Siapa ? Benar kata orang, kita hanya akan menghargai sesuatu itu apabila ianya telah tiada atau hilang dari kita. Along, kalau ada peluang lagi sekali, Sha nak sangat menatap mata Along yang redup. Sha nak dengar suara Along sekali sahaja, boleh tak? Andai masa ni boleh diputar balik, Sha nak bagitahu Along yang Sha sangat sayang pada Along. Sha nak mohon ampun pada Along. Sha sayang Along. Semoga Allah menempatkan Along di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..
Along,....
Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away
Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time
I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you
Webpage uia menggunakan warna rasminya sebagai warna tema webpage iaitu hijau kebiruan dan digabungkan bersama warna putih.Webpage uia tidak kelihatan kosong malah menggunakan sepenuh ruang dengan teratur.Webpage ini menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi.Bagi sesiapa yang kurang mahir bahasa ini, sudah tentunya mereka kurang gemar melayari web ini. Webpage ini boleh diperbaiki dengan mengadakan dwibahasa untuk memudahkan pengguna.Jadi,pengguna boleh memilih bahasa mana mereka suka.
Webpage ini tiada daya tarikan. Webpage ini sangat simple. Webpage ini juga tidak menggunakan sepenuh ruang.Bahagian kanan webpage dibiarkan kosong tanpa diisi dengan maklumat. Webpage ini cuma meletakkan maklumat universiti sahaja. Banyak lagi maklumat lain yang tidak diletakkan seperti webpage ipta lain. Webpage ini juga menggunakan saiz tulisan yang agak kecil.Bahagian atas diletakkan gambar kampus utama utem dan disebelahnya diletakkan maklumat yang sentiasa bergerak-gerak dan maklumat itu juga menggunakn saiz tulisan yang agak kecil dan menyukarkan pembacaan pengguna.
Bahagian kanan dan kiri webpage ini dibiarkan kosong.Menggunakan latarbelakang warna kelabu dan putih memperlihatkan webpage ini kelihatan simple.Membahagikan maklumat kepada tiga kategori.Maklumat yang diberi didalam webpage ini boleh diklik untuk pengguna mengetahui berita lanjut.
Webpage ini kelihatan begitu simple.Menggunakan kombinasi dua warna tetapi perbezaan warna itu tidak kelihatan ketara.Di kiri paling atas diletakkan berita terbaru di um.Kemudian disebelahnya diletakkan gambar-gambar kejayaan hasil penyelidikan di um. Gambar-gambar itu menggunakan konsep slide show.gambar itu juga disertai dengan ucapan dari vc um.Butang juga turut disediakan bagi pengguna-pengguna yang berminat untuk mengetahui tentang maklumat lanjut kejayaan hasil penyelidikan um. Bahagian bawahnya pula dibahagikan kepada 3 column. Column pertama diisi dengan maklumat untuk pengguna yang berminat untuk mengetahui tentang hal-hal akademik di um.column kedua pula diisi dengan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di um.
Webpage ini tidak meletakkan gambar sekitar kawasan universiti sebagai hiasan dihadapan webpage,malah menggunakan konsep alam semulajadi.Meletakkan gambar bunga kebangsaan iaitu bunga raya di bahagian atasnya,kemudian meletakkan gambar burung serta pokok yang jarang ditemui di bahagian bawahnya.Webpage ini sangat konsisten kerana mempunyai versi bahasa inggeris dan bahasa melayu.
Webpage ini menggunakan konsep center design dan membiarkan ruangan dibahagian kiri dan kanan kosong tanpa diisi dengan apa-apa maklumat. Menggunakan warna putih sebagai warna latarbelakang. Webpage ini kelihatan terlalu simple dan kurang menarik. Tidak menggunakan unsur flash seperti webpage ipta lain untuk kelihatan lebih menarik.
Webpage ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian atas diletakkan gambar yang sentiasa berubah mengikut aktiviti semasa dan warna juga turut sama berubah. Apabila warna turut berubah,ia memberi kesan kepada daya tarikan webpage ini. Walaupun warna webpage ini sentiasa berubah,kombinasi warnanya tetap kelihatan menarik.Webpage ini juga konsisten kerana mempunyai dua bahasa.Hal ini lebih memudahkan pengguna.Webpage ini kelihatan ringkas tetapi padat.
Webpage upsi ini adalah salah satu webpage yang menulis nama universitinya dalam bahasa jawi juga selain bahasa melayu. Webpage ini menggunakan pelbagai warna tetapi warna merah terang dan biru gelap kelihatan menyerlah. Hampir kesemua tulisan dan gambar dalam webpage ini boleh diklik untuk mengetahui maklumat lanjut. Webpage ini dibahagikan kepada dua column. Webpage ini menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi.
Webpage ini agak tidak menarik kerana menggunakan warna tema yang suram.Webpage ini juga mempunyai dua bahasa.Webpage ini menggunakan tulisan yang kecil dan boleh menyukarkan pengguna untuk membacanya.webpage ini juga kelihatan padat.
Webpage ini menggunakan warna ungu dan putih sebagai warna tema. Dibahagikan kepada tiga column. Mempunyai dua versi bahasa. Bahagian kiri memuatkan maklumat tentang universiti. Bahagian tengah pula diletakkan tentang berita dan aktiviti universiti.Bahagian kanan pula diletakan tentang comment dan view.Webpage ini juga turut memuatkan kalendar untuk memudahkan pengguna.
Utm juga menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi webpage. Webpage ini menggunakan sepenuh ruang yang ada. Kategori maklumat dalam webpage ini disusun secara tak teratur dan menyebabkan webpage ini kelihatan padat. Webpage ini penuh dengan tulisan. Webpage ini menggunakan sedikit sahaja gambar. Hal ini menyebebkan webpage ini kurang menarik perhatian pengguna yang tidak sukakan tulisan semata-mata.
Webpage ini kelihatan simple. Webpage ini menggunakan warna biru dibahagian paling atas.Webpage ini juga memuatkan gambar sekitar kampus. Gambar ini memggunakan konsep flash dan sentiasa bertukar dari semasa ke semasa supaya pengguna tidak bosan.Maklumat dalam webpage ini dibahagikan mengikut kategori. Webpage ini mempunyai dua versi bahasa.
Webpage ini juga menggunakan tulisan yang agak kecil. Webpage ini dibahagikan kepada 3 bahagian.bahagian kiri webpage diletakkan link untuk ke webpage lain.Bahagian tengah pula diletakkan maklumat untuk pengetahuan pengguna khususnya tentang universiti.Bahagian kanan pula diletakkan iklan tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan melibatkan umk .
Ump menggunakan dua versi bahasa.Bahagian atasnya diletakkan gambar ativiti pelajar ketika kuliah dijalankan. Webpage ini juga menggunakan tiga column. Column paling kiri diisi dengan maklumat tentang berita yang berkaitan kampus. Bahagian tengah pula memuatkan maklumat tentang ape yang terdapat dalam universiti ini seperti fakulti dan sebagainya.Bahagian paling kanan pula memuatkan tentang login untuk staff universiti.
Unimap mempunyai webpage yang agak menarik.webpage ini mempunyai lima versi bahasa.Webpage unimap juga mempunyai link untuk ke ipta lain.Bahagian kiri disediakan berita yang berkaitan dengan unimap.Bahagian kanan pula diletakkan gambar maklumat semasa dan gambar itu menggunakan konsep flash kerana sentiasa bertukar.Webpage ini juga menyatakan tentang pengguna adalah pengunjung yang ke berapa. Tapi sayangnya webpage ini tidak mempunyai kalendar dan waktu seperti sesetengah webpage ipta yang lain. Dibahagikan kepada tiga column iaitu column pertama diisi tentang perkhidmatan yang ada di universiti,column ini adalah untuk pelajar ipta ini khususnya.Bahagian tengah pula diisi tentang maklumat universiti.Bahgian akhir pula diletakkan link untuk ke jurnal-jurnal untuk memudahkan pelajar dan pengguna mencari maklumat. Webpage ini juga menyediakan ruangan radio dan pengguna juga boleh mendengar lagu rasmi unimap.
Webpage ini terbahagi kepada tiga column. Webpage ini juga simple. Maklumat yang dibahagikan mengikut column juga tidak seimbang.bahagian paling kiri dimuatkan tentang maklumat yang hendak diperoleh oleh pengguna tentang universiti. Bahagian tengah pula memuatkan tentang berita yang berkaitan tentang upnm.Oleh kerana upnm tidak begitu popular,bilangan pengunjung webpage ini juga sedikit jika hendak dibandingkan dengan bilangan pengunjung webpage universiti lain. Hal ini boleh diketahui kerana webpage ini menyatakan bilangan pengguna yang sedang melawati webpage ini.Bahagian kanan pula diletakkan link bersama gambar tentang penajaan. Hal in untuk memudahkan pengguna terutama penuntut institusi ini.
Uthom mempunyai dua versi bahasa. Di bahagian atas uthom diletakkan gambar aktiviti kampus dan gambar itu silih bertukar ganti. Dibahagikan kepada tiga column iaitu colum pertama diletakkan tentang perkhidmatan yang ada dalam uthom melalui gambar untuk menjimatkan ruang.Bahagian tengah pula diletakkan berita tentang aktiviti pelajar mengikut bulan. Bahagian kanan pula diletakkan gambar-gambar iklan tentang akademik yang ada.
Webpage unimas menggunakan warna putih sebagai warna tema webpage ini. Tulisannya pula menggunakan warna biru dan hitam. Bagi tulisan berwarna biru,pengguna boleh klik tulisan itu untuk mengetahui berita lanjut. Bagi tulisan berwarna hitam pula,tulisan itu tidak boleh di klik. Tetapi tulisan berwarna hitam dibahagian paling kiri boleh di klik dan ketika pengguna hendak klik tulisan itu,tulisan itu akan bertukar kepada warna biru.Bahagian atas webpage ini diletakkan gambar disekitar kampus.Webpage ini tidak meletakkan logo universitinya seperti webpage lain.Kalendar juga turut dimuatkan dalam webpage ini. Webpage ini mempunyai tiga column. Pembahagian maklumat dalam ketiga webpage ini tidak seimbang.Kelihatan column bahagian tengah mempunyai maklumat yang lebih banyak menyebabkan banyak ruang di bahagian kiri dan kanan dibiarkan kosong.
Ums menggunakan warna biru keputihan untuk warna tema dan menggunakan tulisan berwarna biru.Gambar pada bahagian atas webpage boleh diklik untuk mengetahui maklumat lanjut.Bahagian bawah juga dibahagikan kepada tiga bahagian.Maklumat-maklumat baru dalam webpage ini menggunakan konsep highlight supaya kelihatan menonjol.Gambar yang terdapat pada sebelah kiri bahagian atas sentiasa bertukar mengikut maklumat semasa.
Webpage uitm menggunakan warna putih sebagai latarbelakang dan menggunakan warna rasmi mereka iaitu warna ungu sebagai warna tulisan.Saiz tulisan yang digunakan amat kecil dan menyukarkan pembacaan.Menggunakan campuran dua bahasa iaitu bahasa melayu dan inggeris menunjukkan bahawa webpage ini tidak konsisten.
Serulah diriku supaya meninggalkan
Kemalasan dan Bertangguh,
Jika tidak, Maka aku akan kekal sebagai pemilik
KEHINAAN,
Tidak aku temukan untuk orang-orang pemalas suatu bahagian,
Melainkan dukacita,
serta halangan dari tercapainya cita-cita.